05 January 2011

Pengaruh Orang Ketiga

Yang nilah kot lec aku sebot dalam kelas hari 2, pengaruh orang ketiga. Konsep ni menerangkan yang tapisan filem atau rancangan telebisyen perlu sebab takut kekanak dan juga mereka2 yang otak maseh belom bekembang terpengaruh dengan aksi-aksi dari telebisyen 2.

Well classmate aku, Abu Suffian (kalau salah eja sorry,aku x rapat dengan dia) yang membangkang kata2 Prof Ramli (lec) coz Prof Ramli cakap ''X perlu sensor2 apa2 dalam telebisyen sebab kita sendiri mampu menilai baik buruk perbuatan tu''.

Hurmm argument diaorang ni buat aku sendiri terfikir. Masa aku sekolah rendah aku selalu nak jadi macam Otroman, Batman, Cyclops, Keluang Man suma tu sebab opkozlah aku terpengaruh dengan kehebatan dan ke''cool''an character2 nih. Well x diragui kartun2 yang aku layan masa kecik2 dulu agak dahsyat jalan ceritanya. Tumbok sana sini, terajang sampai mati and bila main-main dengan adik aku aksi2 stunt yang ganas2 ni akan dikeluarkan. Sebab tu la selalu kena marah dengan parent.

Bila dah dewasa sikit macam sekarang ni aku layan cerita-cerita macam House, Chuck Prison Break, Ocean 11,12,13 suma. Ha masa tengok House aku sendiri rasa nak jadik doctor pakar macam dia walaupun aku ni aliran sastera dari dulu. Tengok Chuck aku terbayang plak kan sonok jadi CIA agent yang ada super computer dalam kepala. Bila tengok Ocean trilogy aku plak rasa lagi cool kalau aku boleh gi rompak bank negara and jadi cool criminal. Haish banyak betol aku nak jadi ni kan, well betol aku akui nasib baik otak aku waras sikit la lagi kalau tak, tak mustahil aku dah jadi suma2 tu kan. Rasanya memang rancangan2 telebisyen yang kita layan ni beri impak kepada kehidupan kita.

Kalau xda censorship dari pihak-pihak tertentu mungkin anak-anak muda kita akan jadi terpesong. Dah cukop banyak berita-berita budak-budak hingusan terlibat dengan aktiviti yang meragut DARA dan NYAWA. Tu sementara tapisan tahap gaban dari gobermen, kalau xda lansung alamat banyak la aksi french kissing sebab pilih KLCC punya video clip yang kita boleh tengok sesame dan kate ''wow macam kat London lah''.

Tapi macam manapun ada satu sifat buruk yang dah menyelamatkan aku dari wat bende2 gini ni selain faktor otak aku yang sikit waras lagi. Sifat buruk ni opkozlah sifat MALAS aku yang terlampau dan ternyata sebab MALAS aku x wat aktiviti moral tiada ni. Kalau aku rajin, mungkin aku juga seperti mereka. Mungkin, kerana iman di dada tidak setaraf para syahadah.


MALAS RULES :)

Later,
Dont Hold Your Breath!