18 July 2012

Bersamamu live depan mata

Aku dengan kawan aku tadi take five jap pergi smoking. Nak smoking dalam tempat belajar ni kena la sorok-sorok sikit. Nak kena jaga reputasi mama aku jugak kan,

Tengah smoking tu datang la sorang pak cik cleaner/pekebun datang join sekali. Kami pun berboraklah dan tanyalah pasal diri dia dan keluarga.

Katanya dia ada anak sorang ja dan masih bersekolah, tak silap aku dalam tingkatan empat rasanya. Isterinya tak kerja dan tak berapa sihat. Dia pun umur hampir mencecah lima puluh tapi kalau tengok dia memang dah nampak macam lewat 50-an.

Apa yang buat aku tersentuh bila ditanya pasal gaji. Dia senyum dan bagitahu gajinya tak sampai pun RM 600. Aku dah terkejut.

Member aku tanya pulak, cukup tak makan bulan-bulan ni? Dia senyum lagi dan jawab "Macam mana pun kena la bagi cukup,". Aku cuba senyum tahan sedih.

Aku mampu senyum je, tak mampu hulurkan duit atau makanan untuk keluarga dia tapi aku harap ada orang yang mampu. Dan aku harap anak dia nanti dapat bantu keluarkan keluarganya dari kepompong kemiskinan.

Aku sangat berharap,

Don't hold your breath.


Kerja!

Kerja part time aku di KMPP sebagai pembuat burger dan kadang-kadang tolong bancuh ayaq yang bergaji RM 30 sehari ini sangat memenatkan !

Masuk kerja 7.30 kena siap-siapkan bahan burger lepas tu terus running sampai 1.30-2.30 baru boleh nak duduk. Duduk ya, bukan rehat-rehat.

Naik lembik tumit aku berdiri macam ni hari-hari tapi sebab dapat duit aku layankan aje. Kalaula pergi kelas kat U ni dapat duit, pukul 8 masuk kelas 7.30 pun aku sampai dah tau!

Enough said,


Don't hold your breath.

Diari cuti semester 2012

Gua dapat kerja part time kt kiosk di KMPP. Gua happy la sebab gua pergi balik kerja dengan mama gua so gua tak payah keluarkan duit minyak. Makan minum gua pun gua bedal kat kiosk tu je. Memang sangat berbaloilah kerja part time gua kali ni!

Gua dapat kerja pon sebab gua kenal pekerja-pekerja kat situ. Semua pun member-member gua tatkala gua masih pakai uniform sekolah lagi. Tapi diaorang bukan lekeh-lekeh, masing-masing ada ijazah dalam bidang kulinari. Gua je dok tunggu ijazah kewartawanan gua yang tak habis-habis lagi ni, haish.

Disebabkan gua ada experience kerja kafe, gua pun ditugaskan membuar burger dengan sorang lagi kawan gua dari pukul 8 pagi sampai 5 petang. Gila babe, sampai pukul 1.30 je dah 150 biji burger kami buat. Kalau berniaga sendiri, dengan macam ni punya sale, mungkin cukup 3 bulan gua masuk meminang Husna terus atau beli IPhone 5. Undecided lagi.

Later,

Don't hold your breath.





14 January 2012

Antara kebebasan bersuara dan total idiocracy.

Oh hari itu kecah sangat ada student USM mahu buat himpunan sokongan kepada tuntutan Solidariti Mahasiswa. Aku pergi turun tanda aku beri sokongan semangat tapi aku tak join pun. Sikit je pon yang joinnya. Yang tak join sebenarnya yang melalak lebih.

Aku tak kisah pun korang nak melalak, tapi aku kisah bila ada sorang budak ni post dalam FB dia macam ni,

"Dah alang-alang korang turun berdemo tolong tangkap anjing-anjing berkeliaran dan kutipkan sampah-sampah yang ada ya."
(macam ni la lebih kurang, aku dah unfriend dah dia so kalau salah quote aku terfitnah la ni)

Ya kau tak nak sokong ideologi diaorang. Tak payah pulak nak hina sampai macam tu. And you call yourself Journalism student. Haha ruang demokrasi kau guna untuk hentam dan kutuk orang. Oh mungkin nanti kau pun nak jadik penulis kat Mangga kot. Patotlah benda macam ni kau tak layan (siap kutuk lagi). Kellaih sunggoh hang ni pompuan!

Anyway, betul kita ada pandangan berbeza dan ideologi yang berbeza ni patut kita guna untuk merayakan demokrasi. Bukan pakat kutuk orang woi! Kalau akhbar perdana Malaysia ni kau punya, habislah semua orang tentang pendapat kau, kau nak suruh tangkap anjing.

Kalau kau ada kebebasan bersuara dan hak untuk menyatakan pendapat, kenapa tak orang lain dear? But remember, freedom of speech doesn't mean that you can't be polite.


Later ey,

Don't hold your breath.