12 November 2010

Percaya

Semlalam pergi QB bertiga dengan kwn2 USM, Chad dan Syafiq. Plan asal nak tengok Megamind, cerita kartoon mestilah best kan. Sampai-sampai sana Chad cakap xnak pulak tengok Megamind, nak tengok Takers plak. Aku on je sebab aku tengok review macam best gak Takers ni. Begadoh la si Syafiq dengan Chad nak berebut tengok crite ape.

Aku sebagai orang tengah bagi cadangan ''kita tengok jelah crite hantu siam ni,dia tulis cerita seram jadi mesti seram punye''. Chad bangkang 100% cakap x suka cerita hantu. ''Huh,tahyol smua tu Jack''. Eh2 aku plak dibangkangnye. So diaorang pon ajak la main lai lai li lai tam plom sebab Chad cakap dia x reti main osom. Aku sebagai pihak berkecuali jadi peserta permainan ni untuk tentukan sapa menang. Bermainlah osom dengan diaorang tanpa pedulikan orang ramai lalu lalang dekat2 kaunter tiket tuh (Ini barulah democracy sejati,adil dan saksama). Syafiq menang so kitaorang pergilah nak beli tiket, tanye aku kepada awek kaunter tiket

''Kak Megamind ni boleh guna student price x?''.

''X boleh la, sebab ni movie 3D''

''Macam tu x jadilah kak, bak Takers la 3 seat. Ada couple seat untuk 3 orang x?'' tanya bodohku. Hidop berguraulah sekali-sekala barulah happy.

Dah pilih seat and bayar so kitaorang jalan-jalan la dulu sebab movie lama lagi. Gi minom dan merokok. Dah dekat2 waktu masuk panggung kitaorang pun pergi beli plak air dengan pop-corn.

''Kak air sirap ada (nota: aku panggil orang pompuan kak sebab aku suka bergurau jadi aku xnak pompuan2 tu pikir aku macam nak mengayat)

Syafiq dan Chad gelak-gelak lepas tu Syafiq yang terus order set combo dapat dua air dan 1 kotak pop-corn besar. Mungkin style kot kalau tengok movie makan pop-corn sebab ramai orang buat macam 2 pikirku sejenak sebab aku rasa kami semua kenyang lagi dan baru je lepas minum air. Haha aku yang cadangkan sebenarnya untuk beli air,bukan pop-corn. Sebab tekak aku kelat rasa asap rokok tu lagi.

Best sebenarnya cerita Takers ni sebab cerita dia logic dan banyak conflict tapi yang buat bestnya conflictnya tak serabot dan memeningkan macam sesetengah movie lain. Basically antagonist cerita ni ''Ghost'' nak balas dendam la dekat crew dia sebab last job merompak diaorang si ghost ni kena tangkap dan crew dia tak tolong selamatkan dia so dia meringkuk la dalam penjara. Dalam penjara tu dia pun plan la nak revenge balik, yelah yang lain enjoy duduk luar tak datang melawat pun, siap awek si ghost ni pun sampai couple dengan salah sorang crew dia. He's left with nothing and they all got everything.

Aku xnak buat review file tapi aku nak cakap tentang isu percaya. Percaya ni bagi aku macam amanah kot. Bagi aku patut ghost tu mengamok dan aku sokong dia amik revenge walaupun dia buat dengan cara agak keji la. But then, keji lagi kawan-kawan yang tak reti nak hargai hubungan persahabatan. Yeah in my life i've been betrayed and also I'd betrayed someone. So i know how it feels to be betrayed and how uneasy the feeling of betraying someone. Revenge is the sweetest thing to do after you had been betrayed. period.

So next time aku harap kita suma sudah2 la tu menikam belakang orang supaya satu hari belakang kita sendiri tak ditikam. Jangan kita lahirkan seorang pendendam lagi. Cukuplah banyak dah tragedi yang berlaku akibat dendam. kadang-kadang nyawa tu melayang sebab benda-benda bodoh je. Jangan lupa, sorry tu hanyalah perkataan. Tak ada apa yang akan berubah dengan perkataan sorry sahaja. Please, no more betrayal.

(segala dialog x semuanya tepat,ada matematik tambahan)

Don't hold your breath aite :)

09 November 2010

Tokojut kau???

Haish bersawang dah nampaknye blog nih...
Mau taknye da bape bulan tak update...ceh dasar pemalas...
ha3 rasenye sume orang pun tahu kot aku memang x rajin so no wonder lah kan..

Okay the last time I wrote in my blog is when I'm still listed as UniSZA student kalau tak silap semester dua tahun 1...weh terlampau lame dah tu, sekarang aku dah tak study dekat UniSZA (mak aih susah tol jap capital letter jap tak). Aku dah quit dah pun lepas setahun study dekat sana. Boleh la nak cakap-cakap Ganu sket ye dop. Nak kate hebat tu tak tapi kalau amik exam boleh la kot B-. Jadilah tu ye dop?

Reason kenapa aku quit?
1)Putus Cinta?
2)Gadoh dengan kawan?
3)Penat main rugby untuk setiap game UniSZA ?
Jawapannya, sebab aku diterima oleh USM nak jadi student dia. Tu je xdek sebab lain dah.

Ramai gak persoal kenape aku apply USM sedangkan dah habis setahun kat UniSZA tu. Eh2 suka hati la nak apply lain, ha3 (gelak chumel). Jawapan aku mudah saje, bak kate pepatah 'Hujan emas di negeri orang, Hujan batu di negeri sendiri, sedap lagi nasi kandar kar negeri aku'. HAHAHAHAHAHAHAHAHA

So sekarang aku dah jadik Junior balik, belajar dari mula tahun 1 macam budak2 lain gak. Tak ramai pun tahu aku dah masuk U lain before masuk USM ni, malas nak cerita nanti banyak tanya. Aku pun x berapa kenal sangat budak2 course aku sebab aku daftar lambat sangat (minggu ke 6 sebab aku tukar course English Professional ke Masscom) nasib baik ada budak 1 batch masa aku wat diploma aku dulu dalam Masscom so ada apa2 aku dengan dia jelah. Budak tu nama Syafiq, masa diploma gitu-gitu je dengan dia tapi sekarang okay la rapat aku dengan dia (I'm still into woman although we are close)

Eh2 dahla, cukop dah ni untuk entry kali ni, nanti2 aku update lagi. petang kang kul 2.15 ada exam ni kul 9.30 pg baru nak tido.

For BEN student and all UniSZA friend good luck guys, live on, one day we meet again.

Thats all for now, later

Please don't hold your breath <3