12 December 2010

Jack BUKAN nama glamourku

Jack, nama omputih yang normal digunakan. So bila aku guna nama Jack agak x masok akal sebab:
1. Aku x puteh
2. Aku x puteh
3. Aku lansung x puteh

Ramai orang judge aku, kata poyolah, bajetlah, dan macam2 lagi. Ramai gak tanya, minat sangat ke Jack Sparrow sampai pakai nama 2? Well yes aku minat character 2 tapi bukan itu sebabnya. Kisah aku dapat nama 2 terjadi ketika aku masih tinggal kat dalam Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP). Disitulah kisah ini bermula..............

Kisah ini berlaku pada tahun 2001

Satu pagi yang dah masuk tengah hari, lebih kurang pukul 11.15, lima kanak-kanak mentah yang masih belum mengenal dunia melepak bersama. Mereka ialah Syamsyul, Mujahid, Mursyid, Hafizudin dan Ikhwan. Diantara mereka Ikhwanlah yang paling muda dan perak@jakun. Maklumlah Ikhwan ni jenis lamtech (lambat technology) so banyak la benda-benda yang dia x kenal.

Masa melepak di rumah Syamsyul tu, Ikhwan banyak bertanya pada Syamsyul@Acun. Contohnya:

1. Acun macam mana Hi-Fi hang boleh dengar radio? (sebab bagi Ikhwan masa 2 Hi-Fi untuk play cd je sebab Hi-Fi rumah dia ada tempat letak cd)

2. Acun macam mana hang tutop komputer x payah pi dekat start n tekat shut down? (rupa2nya tekan button ALT+f4 laaaa)

3. Wei Acun hang buat macam mana xtau tadi tembak orang jahat 2? (main game doom, Ikhwan banyak tanya sebab bagi Ikhwan masa ni game paling best dalam dunia ialah FIFA 98,99,2000 n 2001)

4. Acun ni, Acun tu, Acun awat macam ni, Acun awat macam tu...

So sebab nampak sangat JAKUN Ikhwan ni so Acun pon cakap

''Hang ni jakun trok gila, panggil hang JAKWAN la lepas ni''

KAHKAHKAHAKAHKAHKAH (gelak dari semua budak2 ni termasukla Ikhwan)

Mulai hari tu Ikhwan dipanggil Jakwan. Kemana-mana dia lepak dalam KMPP 2 suma kawan2 dia panggil dia Jackwan, Ikhwan x marah pon sebab bagi dia nama 2 kelakar lagipun Ikhwan ni jenis budak yang masa tu carefree gila, selagi dia dapat main bola petang2 korang nak panggil apa pon panggillah, bukan dia kisah pon.

Dah dekat setengah tahun nama Jakwan 2 akhirnya dikurangkan jadi Jak saja sebab kurang skit suku kata, senang nak panggil. Nama ni terus melekat sampai la sekarang, and family2 member ni pon turut sama panggil Ikhwan ni Jack. Jadi sepanjang Ikhwan duduk dalam KMPP 2 nama dia ialah Jack tapi dekat sekolah dia guna la nama Ikhwan.

Dari sejak itu aku gunakan dua nama Ikhwan dan Jack. Nama dekat sekolah masih lagi Ikhwan, tapi start aku buat diploma aku abadikan terus nama Jack. Ramai dah nama wan ni, haha lagipun lecturer pun panggil aku Jack gak so okaylah tu.

So itulah asal usul nama Jack aku tu, ya nama Islamku ialah Muhammad Ikhwan bin Zulkaflee, tapi panggil aku Jack. Dengan penerangan ini jangan lagi ya anggap aku poyo okay, Jack tu bukan nama glamour aku pon.

HAHAHAHAHAHAHAHA

12 November 2010

Percaya

Semlalam pergi QB bertiga dengan kwn2 USM, Chad dan Syafiq. Plan asal nak tengok Megamind, cerita kartoon mestilah best kan. Sampai-sampai sana Chad cakap xnak pulak tengok Megamind, nak tengok Takers plak. Aku on je sebab aku tengok review macam best gak Takers ni. Begadoh la si Syafiq dengan Chad nak berebut tengok crite ape.

Aku sebagai orang tengah bagi cadangan ''kita tengok jelah crite hantu siam ni,dia tulis cerita seram jadi mesti seram punye''. Chad bangkang 100% cakap x suka cerita hantu. ''Huh,tahyol smua tu Jack''. Eh2 aku plak dibangkangnye. So diaorang pon ajak la main lai lai li lai tam plom sebab Chad cakap dia x reti main osom. Aku sebagai pihak berkecuali jadi peserta permainan ni untuk tentukan sapa menang. Bermainlah osom dengan diaorang tanpa pedulikan orang ramai lalu lalang dekat2 kaunter tiket tuh (Ini barulah democracy sejati,adil dan saksama). Syafiq menang so kitaorang pergilah nak beli tiket, tanye aku kepada awek kaunter tiket

''Kak Megamind ni boleh guna student price x?''.

''X boleh la, sebab ni movie 3D''

''Macam tu x jadilah kak, bak Takers la 3 seat. Ada couple seat untuk 3 orang x?'' tanya bodohku. Hidop berguraulah sekali-sekala barulah happy.

Dah pilih seat and bayar so kitaorang jalan-jalan la dulu sebab movie lama lagi. Gi minom dan merokok. Dah dekat2 waktu masuk panggung kitaorang pun pergi beli plak air dengan pop-corn.

''Kak air sirap ada (nota: aku panggil orang pompuan kak sebab aku suka bergurau jadi aku xnak pompuan2 tu pikir aku macam nak mengayat)

Syafiq dan Chad gelak-gelak lepas tu Syafiq yang terus order set combo dapat dua air dan 1 kotak pop-corn besar. Mungkin style kot kalau tengok movie makan pop-corn sebab ramai orang buat macam 2 pikirku sejenak sebab aku rasa kami semua kenyang lagi dan baru je lepas minum air. Haha aku yang cadangkan sebenarnya untuk beli air,bukan pop-corn. Sebab tekak aku kelat rasa asap rokok tu lagi.

Best sebenarnya cerita Takers ni sebab cerita dia logic dan banyak conflict tapi yang buat bestnya conflictnya tak serabot dan memeningkan macam sesetengah movie lain. Basically antagonist cerita ni ''Ghost'' nak balas dendam la dekat crew dia sebab last job merompak diaorang si ghost ni kena tangkap dan crew dia tak tolong selamatkan dia so dia meringkuk la dalam penjara. Dalam penjara tu dia pun plan la nak revenge balik, yelah yang lain enjoy duduk luar tak datang melawat pun, siap awek si ghost ni pun sampai couple dengan salah sorang crew dia. He's left with nothing and they all got everything.

Aku xnak buat review file tapi aku nak cakap tentang isu percaya. Percaya ni bagi aku macam amanah kot. Bagi aku patut ghost tu mengamok dan aku sokong dia amik revenge walaupun dia buat dengan cara agak keji la. But then, keji lagi kawan-kawan yang tak reti nak hargai hubungan persahabatan. Yeah in my life i've been betrayed and also I'd betrayed someone. So i know how it feels to be betrayed and how uneasy the feeling of betraying someone. Revenge is the sweetest thing to do after you had been betrayed. period.

So next time aku harap kita suma sudah2 la tu menikam belakang orang supaya satu hari belakang kita sendiri tak ditikam. Jangan kita lahirkan seorang pendendam lagi. Cukuplah banyak dah tragedi yang berlaku akibat dendam. kadang-kadang nyawa tu melayang sebab benda-benda bodoh je. Jangan lupa, sorry tu hanyalah perkataan. Tak ada apa yang akan berubah dengan perkataan sorry sahaja. Please, no more betrayal.

(segala dialog x semuanya tepat,ada matematik tambahan)

Don't hold your breath aite :)

09 November 2010

Tokojut kau???

Haish bersawang dah nampaknye blog nih...
Mau taknye da bape bulan tak update...ceh dasar pemalas...
ha3 rasenye sume orang pun tahu kot aku memang x rajin so no wonder lah kan..

Okay the last time I wrote in my blog is when I'm still listed as UniSZA student kalau tak silap semester dua tahun 1...weh terlampau lame dah tu, sekarang aku dah tak study dekat UniSZA (mak aih susah tol jap capital letter jap tak). Aku dah quit dah pun lepas setahun study dekat sana. Boleh la nak cakap-cakap Ganu sket ye dop. Nak kate hebat tu tak tapi kalau amik exam boleh la kot B-. Jadilah tu ye dop?

Reason kenapa aku quit?
1)Putus Cinta?
2)Gadoh dengan kawan?
3)Penat main rugby untuk setiap game UniSZA ?
Jawapannya, sebab aku diterima oleh USM nak jadi student dia. Tu je xdek sebab lain dah.

Ramai gak persoal kenape aku apply USM sedangkan dah habis setahun kat UniSZA tu. Eh2 suka hati la nak apply lain, ha3 (gelak chumel). Jawapan aku mudah saje, bak kate pepatah 'Hujan emas di negeri orang, Hujan batu di negeri sendiri, sedap lagi nasi kandar kar negeri aku'. HAHAHAHAHAHAHAHAHA

So sekarang aku dah jadik Junior balik, belajar dari mula tahun 1 macam budak2 lain gak. Tak ramai pun tahu aku dah masuk U lain before masuk USM ni, malas nak cerita nanti banyak tanya. Aku pun x berapa kenal sangat budak2 course aku sebab aku daftar lambat sangat (minggu ke 6 sebab aku tukar course English Professional ke Masscom) nasib baik ada budak 1 batch masa aku wat diploma aku dulu dalam Masscom so ada apa2 aku dengan dia jelah. Budak tu nama Syafiq, masa diploma gitu-gitu je dengan dia tapi sekarang okay la rapat aku dengan dia (I'm still into woman although we are close)

Eh2 dahla, cukop dah ni untuk entry kali ni, nanti2 aku update lagi. petang kang kul 2.15 ada exam ni kul 9.30 pg baru nak tido.

For BEN student and all UniSZA friend good luck guys, live on, one day we meet again.

Thats all for now, later

Please don't hold your breath <3

16 April 2010

3 words that slip out from my fingger

It takes a lot to say 'orang sayang dia' especially after you got dumped bout 2 months before, but I said it...

Dont know what to expect but not just 'ya' i guess...rite?

of everything and Akidah dan Akhlak

Pukul 6.45 pagi, aku yang tak tido-tido lagi menyolatkan diri lepas tu aku berfikir 'hmm nak study ke tak?'. Sebab rasa malas lagi aku pun mengajak kawan pergi sarapan dekat luar kampus, yelah macam kafe da buka pagi-pagi ni. Sebelum keluar sempatlah aku menyumbat pakaian-pakaian belum dibasuh kedalam washing machine berbayar di hostel ni. Sampai je di kedai aku mengoder milo ais (baru baik demam, kemaruk balas dendam lama tak minum ais) dengan Roti Telur. Makan dan makan dan makan aku pun balik la. Ambik balik baju yang da siap dicuci dan panjat ke rumah balik. Sampai masuk rumah aku pun ke balkoni sidai baju. Lepas tu aku pun susun meja di ruang tamu sebab nak hidang breakfast untuk budak-budak rumah (bukan aku yang belanja, aku tolong susun meja je). Da siap suma aku masuk balik bilik dan mula menyapu bilik yang da macam entah apa-apa entah (sebenarnya aku nampak lipas tadi masa before solat, and sebab menatang itu amat menggelikan aku so aku pun kemas la bilik). Da siap kemas-kemas semua bilik aku bepeloh balik, so aku pun decide utk mandi kali kedua pagi ni. Da habis mandi tu tetiba rasa nak shave jambang-jambang yang bekeliaran di muka walaupun sebenarnya baru shave semalam. Da licin pipi tu aku rasa lapang je masuk bilik sebab bilik da kemas semua tapi tiba-tiba pulak teringat da lama tak update blog so aku pun lantas ambil laptop dan online untuk menulis semua ini kerana aku malas untuk membuka buku hijau Akidah dan Akhlak dan study walaupun sebenarnya exam aku bermula esok 18.4.2010 kerana buku itu amat sangat membosankan (bukan akidah dan akhlak, jangan salah parking ayat tu, aku x nak kena sambar petir, tapi style penulisan buku tu yang membosankan). Sekian :)

11 February 2010

The beginning

Antara masalah negara ini, x ramai yang suka menulis - Hasrul Izwan Hashim, 2010

Untuk tidak menyumbangkan kepada peratus pemasalahan ini so dengan hati yang berat terciptalah farsight-letmebeme.blogspot.com ini :)

Menunggang motosikal memerlukan perhatian yang seratus peratus kerana kelalaian adalah punca utama yang mengakibatkan kemalangan motosikal. Kebanyakan kemalangan jalanraya di Malaysia melibatkan penunggang motosikal. Masyarakat Melayu pula terkenal dengan identiti yang lemah lembut dan berbudi pekerti yang mulia.

On the way nak hantar kawan balik rumah lepas dinner sama-sama dekat nasi kandar, lalu la dekat 1 lorong sempit (biasalah, jalan kampung) yang boleh muat 1 biji kereta ja, so bila baru masuk lorong 2 nampaklah sebiji motor Honda Ex5 dari arah depan. So keranan memikirkan aku baru masuk sikit, aku reverse la balik kereta bagi jalan dekat motor 2. Bila dia lintas aku tengok la tingkap tapi disambut dengan pandangan kosong tanpa reaksi.

Sambung balik perjalanan otak ni berpusing2 memikirkan mengapa perkara itu berlaku. Akhirnya dapat jugak jawapan, Abang tu rasa kalau dia alihkan muka menghadap aku, senyum dan mengangkat tangan boleh menyebabkan dia kemalangan yang pastinya menyebabkan kesusahan kepada dia dan keluarga. Oleh itu dia tidak perlu melakukan apa-apa kerana bukan dia yang meminta aku reversekan kereta aku tadi. Hati aku puas bila aku dapat jawapan ni, sekurang-kurangnya ada jugak rakyat Malaysia yang sedar kemalangan jalan raya dapat dielakkan jika tidak cuai ketika memandu. Oh, terlupa nak mention, abang yang bawak motor tadi 2 Melayu.

Later........ ( Dont hold your breath )