16 April 2010

of everything and Akidah dan Akhlak

Pukul 6.45 pagi, aku yang tak tido-tido lagi menyolatkan diri lepas tu aku berfikir 'hmm nak study ke tak?'. Sebab rasa malas lagi aku pun mengajak kawan pergi sarapan dekat luar kampus, yelah macam kafe da buka pagi-pagi ni. Sebelum keluar sempatlah aku menyumbat pakaian-pakaian belum dibasuh kedalam washing machine berbayar di hostel ni. Sampai je di kedai aku mengoder milo ais (baru baik demam, kemaruk balas dendam lama tak minum ais) dengan Roti Telur. Makan dan makan dan makan aku pun balik la. Ambik balik baju yang da siap dicuci dan panjat ke rumah balik. Sampai masuk rumah aku pun ke balkoni sidai baju. Lepas tu aku pun susun meja di ruang tamu sebab nak hidang breakfast untuk budak-budak rumah (bukan aku yang belanja, aku tolong susun meja je). Da siap suma aku masuk balik bilik dan mula menyapu bilik yang da macam entah apa-apa entah (sebenarnya aku nampak lipas tadi masa before solat, and sebab menatang itu amat menggelikan aku so aku pun kemas la bilik). Da siap kemas-kemas semua bilik aku bepeloh balik, so aku pun decide utk mandi kali kedua pagi ni. Da habis mandi tu tetiba rasa nak shave jambang-jambang yang bekeliaran di muka walaupun sebenarnya baru shave semalam. Da licin pipi tu aku rasa lapang je masuk bilik sebab bilik da kemas semua tapi tiba-tiba pulak teringat da lama tak update blog so aku pun lantas ambil laptop dan online untuk menulis semua ini kerana aku malas untuk membuka buku hijau Akidah dan Akhlak dan study walaupun sebenarnya exam aku bermula esok 18.4.2010 kerana buku itu amat sangat membosankan (bukan akidah dan akhlak, jangan salah parking ayat tu, aku x nak kena sambar petir, tapi style penulisan buku tu yang membosankan). Sekian :)

No comments:

Post a Comment