11 February 2010

The beginning

Antara masalah negara ini, x ramai yang suka menulis - Hasrul Izwan Hashim, 2010

Untuk tidak menyumbangkan kepada peratus pemasalahan ini so dengan hati yang berat terciptalah farsight-letmebeme.blogspot.com ini :)

Menunggang motosikal memerlukan perhatian yang seratus peratus kerana kelalaian adalah punca utama yang mengakibatkan kemalangan motosikal. Kebanyakan kemalangan jalanraya di Malaysia melibatkan penunggang motosikal. Masyarakat Melayu pula terkenal dengan identiti yang lemah lembut dan berbudi pekerti yang mulia.

On the way nak hantar kawan balik rumah lepas dinner sama-sama dekat nasi kandar, lalu la dekat 1 lorong sempit (biasalah, jalan kampung) yang boleh muat 1 biji kereta ja, so bila baru masuk lorong 2 nampaklah sebiji motor Honda Ex5 dari arah depan. So keranan memikirkan aku baru masuk sikit, aku reverse la balik kereta bagi jalan dekat motor 2. Bila dia lintas aku tengok la tingkap tapi disambut dengan pandangan kosong tanpa reaksi.

Sambung balik perjalanan otak ni berpusing2 memikirkan mengapa perkara itu berlaku. Akhirnya dapat jugak jawapan, Abang tu rasa kalau dia alihkan muka menghadap aku, senyum dan mengangkat tangan boleh menyebabkan dia kemalangan yang pastinya menyebabkan kesusahan kepada dia dan keluarga. Oleh itu dia tidak perlu melakukan apa-apa kerana bukan dia yang meminta aku reversekan kereta aku tadi. Hati aku puas bila aku dapat jawapan ni, sekurang-kurangnya ada jugak rakyat Malaysia yang sedar kemalangan jalan raya dapat dielakkan jika tidak cuai ketika memandu. Oh, terlupa nak mention, abang yang bawak motor tadi 2 Melayu.

Later........ ( Dont hold your breath )


No comments:

Post a Comment