14 January 2012

Antara kebebasan bersuara dan total idiocracy.

Oh hari itu kecah sangat ada student USM mahu buat himpunan sokongan kepada tuntutan Solidariti Mahasiswa. Aku pergi turun tanda aku beri sokongan semangat tapi aku tak join pun. Sikit je pon yang joinnya. Yang tak join sebenarnya yang melalak lebih.

Aku tak kisah pun korang nak melalak, tapi aku kisah bila ada sorang budak ni post dalam FB dia macam ni,

"Dah alang-alang korang turun berdemo tolong tangkap anjing-anjing berkeliaran dan kutipkan sampah-sampah yang ada ya."
(macam ni la lebih kurang, aku dah unfriend dah dia so kalau salah quote aku terfitnah la ni)

Ya kau tak nak sokong ideologi diaorang. Tak payah pulak nak hina sampai macam tu. And you call yourself Journalism student. Haha ruang demokrasi kau guna untuk hentam dan kutuk orang. Oh mungkin nanti kau pun nak jadik penulis kat Mangga kot. Patotlah benda macam ni kau tak layan (siap kutuk lagi). Kellaih sunggoh hang ni pompuan!

Anyway, betul kita ada pandangan berbeza dan ideologi yang berbeza ni patut kita guna untuk merayakan demokrasi. Bukan pakat kutuk orang woi! Kalau akhbar perdana Malaysia ni kau punya, habislah semua orang tentang pendapat kau, kau nak suruh tangkap anjing.

Kalau kau ada kebebasan bersuara dan hak untuk menyatakan pendapat, kenapa tak orang lain dear? But remember, freedom of speech doesn't mean that you can't be polite.


Later ey,

Don't hold your breath.

No comments:

Post a Comment