11 February 2011

Sesuatu yangku gelarkannya SIAL!

Dalam dunia ni ada satu benda yang dinamakan sial - Amin Ariffin

Hari rabu 9/2/11 aku terjumpa dah sial tu. Hari rabu sepatutnya kelas aku mula pada pukul 9 pagi sampai 12 tgh hari. lepas tu aku ada gap 4 jam sebab next kelas pukul 4 ptg. Tapi lecturer WUS 101 (Teras Keusahawanan) buat satu fatwa bahawa semua pelajar yang ambik subjek ni wajib hadir ke tapak jualan WUS pada jam 1.00 ptg untuk diambil kedatangan kalau tidak tolak markah group. Amboi perintah maut,kalau jejas individual mungkin aku boleh wat tak reti ja tapi ini markah berkumpulan. Ini markah kami bersama, xkan aku hendak menjadi nila yang setitik ini, oh itu bukan aku.

Kebetulan pulak hari tu lec aku habiskan kelas awal. Pukul 11.15 dah habis kelas. Lambat plak lagi waktu aku kena tunggu untuk pukul 1. Lagipun group members aku semua tengah ada kelas. Xkan aku nak menjadi kera sumbang keseorangan tunggu kat tapak jualan so aku decide balik bilik. Sebelum sampai bilik aku makan dulu, dah melantak aku pun naik bilik.

Tet Tet Tet Tet, teleponku berbunyi. Group members aku tanya ada dekat mana and suruh aku pergi tapak jualan sekarang. Mula-mula aku ingat nak drive kesana tapi pikir-pikir balik dah lah susah nak dapat parking USM nih, kalau dapat pun ada chance aku nak kena kompoun sebab xda sticker. Adoyai, last-last aku decide naik bas komuter je, senang dan efisyen.

Turun-turun dari block aku aku dah dengar bunyi bas, haish bus stop dalam 200 meter lagi nih bas dah lalu,group members dah menunggu. Aku pun mula berlari di belakang bas yang baru melintasi aku. Aku nampak di bus stop ada 3 gadis yang keayuannya tak dapat aku lihat sebab jauh. Larianku semakin kencang kerana aku lihat 3 gadis ini sudah menaiki bas, dan ketika aku betul-betul ada di belakang bas,

VRRRROOOOOOOOOOMMMMMMM

bas itu bergerak meninggalkanku yang terpaku di bus stop.

APA PUNYA SIAL LAH!!!!! (dalam hati)

Penat ja aku berlari tadi,haish dah la pakai kemeja hari tu (baju x basuh lagi masa tu so pakai jelah kemeja). Sesungguhnya hari itu aku sudah jumpa sesuatu yang sial bisikku pada diri sendiri sambil menunggu bas yang kemudian tiba.


Later,
Dont Hold Your Breath.

2 comments:

  1. ko dpt x no plate bus tu?..jumpe lagi sekali ko bakar la..

    ReplyDelete
  2. no plate kete ak pn ak x hafal lg kot..ade nak soh hafal plate bas usm nih..

    ReplyDelete